Puisi Untuk Ibu

Assalamualaikum. Harini cubaan aliff untuk menulis dalam bahasa jawi. Tulisan jangan cakap lah. Hahaha. Rasanya lukisan lagi lawa dari tulisan. Aliff cuba tulis puisi ni dalam tulisan jawi. Tapi tak tahu lah. Betul ka tidak ejaan. Tapi takpa. Asalkan mencuba itu lebih baik dari sepi tanpa berita. Hehe.


Okay. Jadi untuk memudahkan pembaca sekelian. Aliff sertakan tulisan rumi sebagai rujukan. Tapi ingat ya. Cuba dahulu baca tulisan jawi. Kemudian baru bandingkan. Seronok sebenarnya menulis jawi ni. Aliff selalu jugak menulis jawi waktu belajar dulu. Hehe

Ku tidak tahu apakah yang harus
Aku lakukan tanpa dia
Dialah yang mengerti diriku
Dialah yang tidak pernah letih menasihatiku
Dialah yang selalu menemaniku
Tanpa ibu, aku bukan sesiapa
Tanpa ibu aku lemah
Yang membutuhkan kekuatan dirimu
Ya Allah sayangi ibuku
Seperti mana dia menyayangiku
Aku mahu membahagiakan ibu
Sebelum aku tiada lagi
Di dunia ini.

Ibu..


Okaylah. Sampai disini dahulu untuk entry kalini.


Salam sayang dari penulis epilog.

TAHNIAH FAIZ SUBRI

Assalamualaikum uols. haha, disebabkan mood melukis tengah mencurah curah keladang gandum, jadi, ada satu lagi entry iols nak bagi, ehee. alhamdulillah. faiz subri telah mengharumkan nama negara dengan memenangi anugerah fifa puskas goal tercantik. hehee.. begitulah, andai allah sudah tetapkan rezeki. maka, tiada apa yang dapat menghalangnya lagi. 


gambar faiz subri


Goal yang telah dijaringkan oleh beliau.


Bagi yang belum mengenali atau mahu mengenali siapakah faiz subri, ni dia, saya sertakan serba sedikit tentang anak kelahiran air hitam kedah ini. 



Nama penuh : Mohd Faiz Subri
Tarikh lahir : 8 November 1987 (29 tahun)
Tempat lahir : Air Hitam, Kedah, Malaysia
Ketinggian : 1.72 M (5ka 7 inci)
Posisi permainan : Attacking Midfielder, Striker

Maklumat kelab
Kelab terkini : Pulau Pinang
Nombor : 13


Faiz bermain bersama skuad muda Kedah FA dari 2006 hingga 2009. Dia beralih ke KSK Tambun Tulang, sebuah kelab di Perlis pada 2009 yang bermain di Liga FAM, dan juga skuad Piala Emas Raja-Raja Perlis.  Kemudian Faiz bersama skuad Perlis FA pada awal 2010.

Musim 2012, Faiz menandatangani kontrak satu tahun dengan pasukan T-Team FC. Bagi musim 2013 pula, Faiz menandatangani kontrak bersama rakan sepasukan di T-Team, Zairo Anuar Zalani. Pada bulan April 2013, Faiz menyertai pasukan Kelantan FA. Selepas beliau menabur bakti bersama Kelantan sehingga akhir 2014, Faiz kemudiannya menandatangani kontrak bersama Pulau Pinang FA untuk musim 2015. Beliau membantu Pulau Pinang dinaikkan ke Liga Super Malaysia 2016 selepas muncul naib juara Liga Perdana Malaysia 2015.

Pada tahun 2012 dan 2013, Faiz buat pertama kalinya dipanggil mewakili skuad kebangsaan Malaysia ketika dibawah kendalian Datuk K. Rajagobal. Walaupun dipanggil, beliau tidak pernah membuat penampilan dan seringkali memanaskan bangku simpanan. Pada bulan Ogos 2015, Faiz kembali dipanggil mewakili skuad kebangsaan dibawah kendalian Dollah Salleh. Beliau dipanggil berikutan aksinya yang mantap bersama Pulau Pinang FA.

Pada 16 Februari 2016, Faiz mencipta kejutan apabila beliau melakukan sepakan percuma yang sungguh luar biasa ketika menewaskan Pahang FC 4-1 dalam perlawanan kedua saingan Liga Super Malaysia 2016. Gol tersebut menjadi viral di seluruh dunia lalu menganggap jaringan tersebut semirip dengan jaringan sepakan percuma bekas pertahanan Brazil, Roberto Carlos ketika Brazil bertemu Perancis pada tahun 1997. Gol itu juga telah memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 sebagai jaringan gol tercantik dunia melalui undian dari seluruh dunia. 




Berikut adalah goal yang dijaringkan oleh beliau



Jadi, sampai disini sahaja entry dari aliff. terima kasih pada yang sudi membaca :D

Salam Sayang Dari Penulis Epilog.



Aku cafe dia donut dan mereka.

Assalamualaikum. Haha. Ni entry kedua iols untuk tahun 2017. Rasanya. Ilmu penulisan ni dan azam tahun ni. Menulis biar tulisan yang betul. No short form. Heheh. Okay. Berbalik pada entry harini. Aliff nak cerita pasal cafe ofis aliff. Makananya boleh gagah. Tapi tak mencapai tahap best gila nak arwah. Hahaha. Tapi. Jeng jeng jeng jeng. Apa yang membuatkan kedai ni special sangat dalam kalangan officemate aliff adalah. Heeee. Jangan terkejut. Ni diaaaa...



Donut gebu gebu

Ni la keistimewaan kedai ni. Donut diaaa. Ya allah. Gebu gila. Tak pernah tak habis. Selalunya. Orang dah tempah dah sebelum doh donut tu naik lagi. Hahaha. Tak terkecuali aliff dan officemate yang lain. Kejap kejap eh p kendap tengok. Ada donut tak. Hahahaa. Boleh dapat satu pun jadi lah. Hii. Kadang seorang tempah smpai 30 biji. Hebat betul penangan donut ni. Hehehe.


Okaylah. Sekian saja untuk kali ni...

Salam sayang dari  penulis epilog😍😍

Azam tahun 2017

Apa azam anda? Hehehe


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Ku mengharapkan Ramdhan kali ini, lebih makna, agar dapat ku lalui dengan, sempurna..

Alhamdulillah.. Taun ni dpat juga bertemu dgan bulan suci yakni bulan ramadhan, bulan dimana pahala dilipatgandakan, pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka, bulan dimana dalamnya ada satu malam yg mna ibadah dimalam itu lebih baik dri seribu bulan. Tak lain x Bukan malam al qadr, ataupun lailatul qadar.


إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْر

"Kami telah menurunkan Al-Qur'an ini pada malam ‘Lailatul Qadar’."(Al-Qadr: 1).

So, ingat nk wat posting ni smlm, tp smlm excited p tarawikh n cri moreh, alih alih, balik lena gitu jaaa :-p. Heehe, and spatutnya rini nak buat diari ramdhan aliff mcm taun taun lepas. N hope I will be able to complete my ramadhan's diary this year. Asyik sangkut ja taun taun lepas :-p. Dan insyaallah taun ni, nk buat diari yang lebih bermanfaat dri taun sblumnya. Klu Tdk da bley Tukaq tajuk, diari berbuka aliff :-p. Ahahaha..

So, posting ni Cuma nk ucapkan ahlan wasahlan ya ramadhan. Diharapkan ramadhan kali ini lebih baik dri ramdhan yang lepas. Amin. Insyaallah.

Okay, Jumpa dalam diari ramadhan aliff ;)

Assalamualaikum.