Tersentak

Assalamualaikum w.b.t



  Kini pengajianku sudah mencapai 2 tahun tidak termasuk foundation setelah habisnya final yg akan berlangsung esok hari. Tatkala aku berjumpa denga pensyarahku, dia ada bertanya padaku, "apa yang awak mahu jadi setelah awak grad nanti?" jujur, aku x dapat menjawab soalan itu walaupun bunyinya sesenang guru bertanya pada budak budak tadika. tapi. kenapa begitu sukar aku menjawab? adakah ternyata aku tidak mempunyai matlamat seperti yang aku jangkakan? adakah aku hanya 'follow where the flow take me"?

   Pertemuan aku dengan pensyarahku benar membuka mataku . beliau jugak menasihatiku "kalau x boleh smua, cari satu soft skill untuk awak esok esok, cuba bagi pandai dalam satu bidang pun xpa, contoh awak bagi pandai programming, nanti bila pentemuramah tanya, awak boleh jawab dengan penuh yakin, dan bukanya "boleh la", "boleh sikit sikit" "saya tau la jugak"". Betul aku tersentak dengan apa yg [ensyarahku cakap, betul betul membuka mataku yang seakan aku selama ini hanya belajar "bodoh" sahaja, seperti sehelai daun yang jatuh di atas sungai yang deras, tak tahu bila akan sampai ke destinasi.

   Aku jumpa pula dengan penasihatku(advisor) bertanyakan khabar beliau dan menceritakan perkembangan dalam pelajaran. Beliau jugak menasihati aku. Dan ternyata kata kata beliau lagi menikam dari yang pertama. Tapi! cukup untuk menyedarkanku akan kekhilaffan aku selama ini. Adakah aku begitu sombong padaNYA? adakah selama ini aku rasa aku terlampau hebat? Ya ALLAH, aku harap. kau bimbinglah aku kejalanmu. bawah lah aku kepada kejayaan di dunia dan di akhirat kelak.

Sekian..

No comments:

Post a Comment