Puisi Untuk Ibu

Assalamualaikum. Harini cubaan aliff untuk menulis dalam bahasa jawi. Tulisan jangan cakap lah. Hahaha. Rasanya lukisan lagi lawa dari tulisan. Aliff cuba tulis puisi ni dalam tulisan jawi. Tapi tak tahu lah. Betul ka tidak ejaan. Tapi takpa. Asalkan mencuba itu lebih baik dari sepi tanpa berita. Hehe.


Okay. Jadi untuk memudahkan pembaca sekelian. Aliff sertakan tulisan rumi sebagai rujukan. Tapi ingat ya. Cuba dahulu baca tulisan jawi. Kemudian baru bandingkan. Seronok sebenarnya menulis jawi ni. Aliff selalu jugak menulis jawi waktu belajar dulu. Hehe

Ku tidak tahu apakah yang harus
Aku lakukan tanpa dia
Dialah yang mengerti diriku
Dialah yang tidak pernah letih menasihatiku
Dialah yang selalu menemaniku
Tanpa ibu, aku bukan sesiapa
Tanpa ibu aku lemah
Yang membutuhkan kekuatan dirimu
Ya Allah sayangi ibuku
Seperti mana dia menyayangiku
Aku mahu membahagiakan ibu
Sebelum aku tiada lagi
Di dunia ini.

Ibu..


Okaylah. Sampai disini dahulu untuk entry kalini.


Salam sayang dari penulis epilog.

No comments:

Post a Comment