TAHNIAH FAIZ SUBRI

Assalamualaikum uols. haha, disebabkan mood melukis tengah mencurah curah keladang gandum, jadi, ada satu lagi entry iols nak bagi, ehee. alhamdulillah. faiz subri telah mengharumkan nama negara dengan memenangi anugerah fifa puskas goal tercantik. hehee.. begitulah, andai allah sudah tetapkan rezeki. maka, tiada apa yang dapat menghalangnya lagi. 


gambar faiz subri


Goal yang telah dijaringkan oleh beliau.


Bagi yang belum mengenali atau mahu mengenali siapakah faiz subri, ni dia, saya sertakan serba sedikit tentang anak kelahiran air hitam kedah ini. 



Nama penuh : Mohd Faiz Subri
Tarikh lahir : 8 November 1987 (29 tahun)
Tempat lahir : Air Hitam, Kedah, Malaysia
Ketinggian : 1.72 M (5ka 7 inci)
Posisi permainan : Attacking Midfielder, Striker

Maklumat kelab
Kelab terkini : Pulau Pinang
Nombor : 13


Faiz bermain bersama skuad muda Kedah FA dari 2006 hingga 2009. Dia beralih ke KSK Tambun Tulang, sebuah kelab di Perlis pada 2009 yang bermain di Liga FAM, dan juga skuad Piala Emas Raja-Raja Perlis.  Kemudian Faiz bersama skuad Perlis FA pada awal 2010.

Musim 2012, Faiz menandatangani kontrak satu tahun dengan pasukan T-Team FC. Bagi musim 2013 pula, Faiz menandatangani kontrak bersama rakan sepasukan di T-Team, Zairo Anuar Zalani. Pada bulan April 2013, Faiz menyertai pasukan Kelantan FA. Selepas beliau menabur bakti bersama Kelantan sehingga akhir 2014, Faiz kemudiannya menandatangani kontrak bersama Pulau Pinang FA untuk musim 2015. Beliau membantu Pulau Pinang dinaikkan ke Liga Super Malaysia 2016 selepas muncul naib juara Liga Perdana Malaysia 2015.

Pada tahun 2012 dan 2013, Faiz buat pertama kalinya dipanggil mewakili skuad kebangsaan Malaysia ketika dibawah kendalian Datuk K. Rajagobal. Walaupun dipanggil, beliau tidak pernah membuat penampilan dan seringkali memanaskan bangku simpanan. Pada bulan Ogos 2015, Faiz kembali dipanggil mewakili skuad kebangsaan dibawah kendalian Dollah Salleh. Beliau dipanggil berikutan aksinya yang mantap bersama Pulau Pinang FA.

Pada 16 Februari 2016, Faiz mencipta kejutan apabila beliau melakukan sepakan percuma yang sungguh luar biasa ketika menewaskan Pahang FC 4-1 dalam perlawanan kedua saingan Liga Super Malaysia 2016. Gol tersebut menjadi viral di seluruh dunia lalu menganggap jaringan tersebut semirip dengan jaringan sepakan percuma bekas pertahanan Brazil, Roberto Carlos ketika Brazil bertemu Perancis pada tahun 1997. Gol itu juga telah memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 sebagai jaringan gol tercantik dunia melalui undian dari seluruh dunia. 




Berikut adalah goal yang dijaringkan oleh beliau



Jadi, sampai disini sahaja entry dari aliff. terima kasih pada yang sudi membaca :D

Salam Sayang Dari Penulis Epilog.



No comments:

Post a Comment